Wednesday 7 November 2012


210 PENUNTUT, KAKITANGAN KKTM LEDANG SERTA AKTIVITI SUKARELA

SEBAHAGIAN daripada pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang mengecat rumah penduduk kampung dalam Parlimen Pagoh sempena Karnival Pendidikan dan Keusahawan Johor 2012 di Muar baru-baru ini. 
 
PAGOH 6 Nov. - Seramai 210 penuntut dan kakitangan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang menyertai kerja sukarela membaiki rumah, masjid dan balai raya serta membersih tanah perkuburan di tujuh buah kampung, di sini baru-baru ini.

Aktiviti kesukarelaan itu merupakan sebahagian pengisian sempena Karnival Pendidikan dan Keusahawan Johor 2012 yang diadakan selama tiga hari di Kompleks Sukan Pagoh, di sini.

Pengarah KKTM Ledang, Ahmad Jalaludin Mohd. Wahi berkata, aktiviti selama lapan hari itu melibatkan kampung Selancar, Olak Sepam, Semeriut, Sri Makmur, Panjang Sari, Sungai Terap dan Liang Batu.

"Kumpulan sukarelawan berkenaan membaiki dinding dan lantai rumah yang rosak selain mengecat dindingnya. Mereka turut membaiki bilik air dan membina tandas baharu selain menggantikan atap rumah yang rosak.

"Kita turut mengecat pagar dan bangunan balai raya. Mereka juga membersih serta mengecat masjid, membersihkan tanah perkuburan Islam selain bergotong-royong memasak bersama penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata, program tersebut bertujuan mendedahkan penuntut dengan aktiviti kemasyarakatan, menanam sifat patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Selain itu tambahnya, program tersebut juga bertujuan mewujudkan budaya saling membantu, merapatkan hubungan antara KKTM Ledang dengan masyarakat setempat.

"Program ini menunjukkan budaya saling membantu masih kuat dalam kalangan masyarakat. Kita amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan penduduk kampung terlibat dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Olak Sepam, Salleh Tahaberterima kasih dan menghargai sumbangan serta bantuan diberikan penuntut dan kakitangan KKMT Ledang kerana aktiviti tersebut dapat membantu penduduk yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, sumbangan dan bantuan yang dihulurkan amat besar maknanya dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 07 NOVEMBER 2012

Tuesday 6 November 2012

KG OLAK SEPAM - Khidmat Masyarakat





ARKIB : 07/11/2012
SEBAHAGIAN daripada pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang mengecat rumah penduduk kampung dalam Parlimen Pagoh sempena Karnival Pendidikan dan Keusahawan Johor 2012 di Muar baru-baru ini.


210 penuntut, kakitangan KKTM Ledang serta aktiviti sukarela

PAGOH 6 Nov. - Seramai 210 penuntut dan kakitangan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang menyertai kerja sukarela membaiki rumah, masjid dan balai raya serta membersih tanah perkuburan di tujuh buah kampung, di sini baru-baru ini.