Friday 11 January 2013

Mara Teroka Lebih Banyak Peluang Latihan Industri Di Jepun


Mara Teroka Lebih Banyak Peluang Latihan Industri Di Jepun

mara
HAMAMATSU (Jepun) – Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedang meneroka lebih banyak peluang latihan industri di Jepun kepada pelajar tajaannya di masa depan.

Perkara ini merupakan antara yang ditekankan dalam lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selama lima hari ke negara matahari terbit itu yang berakhir Isnin.
Dalam pertemuan dengan Gabenor Wilayah Aichi, Hideaki Oomura serta Datuk Bandar Toyota Toshihiro Ota, soal peluang pendidikan dan pekerjaan kepada pelajar tajaan Mara telah dibincangkan selain soal jalinan ekonomi antara Malaysia dan Jepun.

Dalam lawatan itu Mohd Shafie turut mengadakan pertemuan dengan pemain industri pada satu majlis makan malam, yang antara lain bertujuan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara MARA dengan pemain industri.
Ini sekaligus dilihat dapat membuka peluang baharu bagi MARA untuk menghantar lebih ramai pelajarnya melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan perindustrian di Jepun.

– BERNAMA

sumber : http://www.suaragenerasibaru.com/?p=34857

No comments:

Post a Comment