Kelebihan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan Industri bukan sahaja membolehkan pelajar menerokai pelbagai ilmu berkaitan dengan apa yang diambilnya di IPTA/IPT, malahan mendedahkan gambaran awal untuk persediaan ke arah alam pekerjaan yang sebenarnya kelak apabila mereka tamat pengajian mereka di IPTA/IPT. Bukan itu sahaja pelajar juga turut mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan diajar oleh pensyarah-pensyarah mereka di dalam bilik kuliah.
Latihan Industri juga mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin. Jika di IPTA/IPT pelajar mesti mengikut undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh IPTA/IPT, maka sama halnya dengan di tempat kerja. Pelajar harus mempamerkan imej yang baik IPTA/IPT mereka kepada firma tempat mereka menjalani Latihan Industri.
Sekaligus dapat membentuk personaliti individu yang positif, selain melatih diri pelajar tentang etika kerja yang baik.
Disamping itu juga Latihan Industri memberikan ilmu tentang kemahiran yang sangat berguna kepada pelajar khususnya mereka yang mengambik kursus kemahiran. Ia adalah satu bonus untuk pelajar. Disamping dapat memperbaiki teknik komunikasi yang berkesan kepada majikan serta pekerja-pekerja yang lain.
Kesimpulannya Latihan Industri merupakan salah satu subjek yang sangat menarik, mudah, dan berguna kepada pelajar sebagai pendedahan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
sumber :