Saturday, 22 September 2012

Kelebihan Latihan Industri Kepada Pelajar

Kelebihan Latihan Industri Kepada Pelajar

 Latihan Industri merupakan salah satu cabang subjek yang perlu diambil oleh setiap pelajar di IPTA/IPT mengikut kursus dan tahap pendidikan yang tertentu. Di peringkat politeknik, pelajar dimestikan untuk menjalani Latihan Industri seawal peringkat Sijil dan Diploma, manakala di IPTA/IPT lain dikehendaki menjalani Latihan Industri pada peringkat Ijazah Sarjana yang dijalankan pada semester yang berlainan.Latihan Industri merupakan satu syarat bagi pelajar/mahasiswa untuk dianugerakan sijil, diploma serta ijazah sarjana.
Latihan Industri bukan sahaja membolehkan pelajar menerokai pelbagai ilmu berkaitan dengan apa yang diambilnya di IPTA/IPT, malahan mendedahkan gambaran awal untuk persediaan ke arah alam pekerjaan yang sebenarnya kelak apabila mereka tamat pengajian mereka di IPTA/IPT.  Bukan itu sahaja pelajar juga turut mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan diajar oleh pensyarah-pensyarah mereka di dalam bilik kuliah.
Latihan Industri juga mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin. Jika di IPTA/IPT pelajar mesti mengikut undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh IPTA/IPT, maka sama halnya dengan di tempat kerja. Pelajar harus mempamerkan imej yang baik IPTA/IPT mereka kepada firma tempat mereka menjalani Latihan Industri.

Sekaligus dapat membentuk personaliti individu yang positif, selain melatih diri pelajar tentang etika kerja yang baik.
Disamping itu juga Latihan Industri memberikan ilmu tentang kemahiran yang sangat berguna kepada pelajar khususnya mereka yang mengambik kursus kemahiran. Ia adalah satu bonus untuk pelajar. Disamping dapat memperbaiki teknik komunikasi yang berkesan kepada majikan serta pekerja-pekerja yang lain.

Kesimpulannya Latihan Industri merupakan salah satu subjek yang sangat menarik, mudah, dan berguna kepada pelajar sebagai pendedahan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
sumber :

No comments:

Post a Comment