Friday 7 December 2012

Terjumpa di Blog IPMA RACE ...

(gambar boleh dibesarkan..)

Majlis Menandatangani Surat Aku Janji

Majlis Menandatangani Aku Janji Pelajar KKTM Ledang Sesi Jan 2013-Jun 2013 
yang akan melaksanakan Latihan Industri.

Majlis di jalankan di Dewan Besar KKTM Ledang dan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah KKTM Ledang Hal Ehwal Akademik Hj Supardi bin Awaludin. 

Bacaan Ikrar diketuai oleh Mantan Presiden MPP Che Alwi bin Yusof.



Wednesday 7 November 2012


210 PENUNTUT, KAKITANGAN KKTM LEDANG SERTA AKTIVITI SUKARELA

SEBAHAGIAN daripada pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang mengecat rumah penduduk kampung dalam Parlimen Pagoh sempena Karnival Pendidikan dan Keusahawan Johor 2012 di Muar baru-baru ini. 
 
PAGOH 6 Nov. - Seramai 210 penuntut dan kakitangan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang menyertai kerja sukarela membaiki rumah, masjid dan balai raya serta membersih tanah perkuburan di tujuh buah kampung, di sini baru-baru ini.

Aktiviti kesukarelaan itu merupakan sebahagian pengisian sempena Karnival Pendidikan dan Keusahawan Johor 2012 yang diadakan selama tiga hari di Kompleks Sukan Pagoh, di sini.

Pengarah KKTM Ledang, Ahmad Jalaludin Mohd. Wahi berkata, aktiviti selama lapan hari itu melibatkan kampung Selancar, Olak Sepam, Semeriut, Sri Makmur, Panjang Sari, Sungai Terap dan Liang Batu.

"Kumpulan sukarelawan berkenaan membaiki dinding dan lantai rumah yang rosak selain mengecat dindingnya. Mereka turut membaiki bilik air dan membina tandas baharu selain menggantikan atap rumah yang rosak.

"Kita turut mengecat pagar dan bangunan balai raya. Mereka juga membersih serta mengecat masjid, membersihkan tanah perkuburan Islam selain bergotong-royong memasak bersama penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata, program tersebut bertujuan mendedahkan penuntut dengan aktiviti kemasyarakatan, menanam sifat patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Selain itu tambahnya, program tersebut juga bertujuan mewujudkan budaya saling membantu, merapatkan hubungan antara KKTM Ledang dengan masyarakat setempat.

"Program ini menunjukkan budaya saling membantu masih kuat dalam kalangan masyarakat. Kita amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan penduduk kampung terlibat dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Olak Sepam, Salleh Tahaberterima kasih dan menghargai sumbangan serta bantuan diberikan penuntut dan kakitangan KKMT Ledang kerana aktiviti tersebut dapat membantu penduduk yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, sumbangan dan bantuan yang dihulurkan amat besar maknanya dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 07 NOVEMBER 2012

Tuesday 6 November 2012

KG OLAK SEPAM - Khidmat Masyarakat





ARKIB : 07/11/2012
SEBAHAGIAN daripada pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang mengecat rumah penduduk kampung dalam Parlimen Pagoh sempena Karnival Pendidikan dan Keusahawan Johor 2012 di Muar baru-baru ini.


210 penuntut, kakitangan KKTM Ledang serta aktiviti sukarela

PAGOH 6 Nov. - Seramai 210 penuntut dan kakitangan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang menyertai kerja sukarela membaiki rumah, masjid dan balai raya serta membersih tanah perkuburan di tujuh buah kampung, di sini baru-baru ini.

Saturday 22 September 2012

Kelebihan Latihan Industri Kepada Pelajar

Kelebihan Latihan Industri Kepada Pelajar

 Latihan Industri merupakan salah satu cabang subjek yang perlu diambil oleh setiap pelajar di IPTA/IPT mengikut kursus dan tahap pendidikan yang tertentu. Di peringkat politeknik, pelajar dimestikan untuk menjalani Latihan Industri seawal peringkat Sijil dan Diploma, manakala di IPTA/IPT lain dikehendaki menjalani Latihan Industri pada peringkat Ijazah Sarjana yang dijalankan pada semester yang berlainan.Latihan Industri merupakan satu syarat bagi pelajar/mahasiswa untuk dianugerakan sijil, diploma serta ijazah sarjana.
Latihan Industri bukan sahaja membolehkan pelajar menerokai pelbagai ilmu berkaitan dengan apa yang diambilnya di IPTA/IPT, malahan mendedahkan gambaran awal untuk persediaan ke arah alam pekerjaan yang sebenarnya kelak apabila mereka tamat pengajian mereka di IPTA/IPT.  Bukan itu sahaja pelajar juga turut mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan diajar oleh pensyarah-pensyarah mereka di dalam bilik kuliah.
Latihan Industri juga mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin. Jika di IPTA/IPT pelajar mesti mengikut undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh IPTA/IPT, maka sama halnya dengan di tempat kerja. Pelajar harus mempamerkan imej yang baik IPTA/IPT mereka kepada firma tempat mereka menjalani Latihan Industri.

Sekaligus dapat membentuk personaliti individu yang positif, selain melatih diri pelajar tentang etika kerja yang baik.
Disamping itu juga Latihan Industri memberikan ilmu tentang kemahiran yang sangat berguna kepada pelajar khususnya mereka yang mengambik kursus kemahiran. Ia adalah satu bonus untuk pelajar. Disamping dapat memperbaiki teknik komunikasi yang berkesan kepada majikan serta pekerja-pekerja yang lain.

Kesimpulannya Latihan Industri merupakan salah satu subjek yang sangat menarik, mudah, dan berguna kepada pelajar sebagai pendedahan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
sumber :

Wednesday 19 September 2012

Students, Manage Your Stress! 4 Practical Ways to Deal with Stress in College/University

http://www.malaysia-students.com/2012/05/students-manage-your-stress.html

Kate Looi Sook Jing
Editor's Note:Many thanks to our reader, Khim, who wrote in and suggested correction of many grammatical errors in the original version of the essay below. Now, are you kind enough like Khim to help us to improve this article? Thanks in advance! 

Written by Kate Looi, who is a 22-year-old postgraduate student and is currently working as a Junior Accounts Executive. Join us and apply to be a contributor now!

Many students have been going through a stressful period, when they are facing assignment deadlines, examination schedule or personal problems. It is especially burdensome when you feel all of the problems knocking your door together.

Once I was a college student just like you, I had to prepare for internal exam and also sit for ACCA professional paper sitting. Sometimes, few assignments are being rushed in the same week. Luckily, I could handle them well. Only when I truly felt the stress blockage is when I had to take three ACCA papers at the same time, which was a continuous three-day exam.

It also signifies the transformation from secondary to tertiary school times. The higher education level you are in, the higher possibility you feel stress. There is no way for you and me to escape it. You have to learn how to manage it to a balanced level. It is a must because it will increase much more when you begin your working life sooner or later.

I will share some of the methods when I was in that terrible situation. It could be useful for me but not for you. Everyone has their ways of dealing with their nerve-racking periods.

  1. People – You do have family, close friends or someone who can listen to your problems and give you an advice. In my case, I seldom talk to my family to prevent them from over-worrying. Thus, friends became my listener or companion. Yet, I would choose whom to tell to because you would not tend to talk to someone who is in dilemma too. Sometimes, I will not wish to trouble whoever is facing the same examination or other problems as me. I know they might not feel that it is a trouble though. Anyway, talking out to the right person will ease your emotion.
  2.  
     
  1. Time – When the stress is coming to attack you, it means you are doing somewhere wrong to allow this unwelcomed visitor. Mostly, it is because of the time management. Students are used to procrastinate their progress, even the best students. I admit that I was too. However, we should not leave them to the last minute. Divide the lengthy assignment question or examination timetable to a few smaller pieces. As such, they will not be overwhelming and push you to the dead corner. Furthermore, set your priorities accordingly. To ensure meeting the deadlines, you must kick away all intrusions. Please leave your television shows, text-messaging, laptops and snacks aside. Study comes before recreation.
  2. Responsibility – Learning how to assign one coursework among your team members is important. Although you are a team leader, you should not solely take care of the whole assignment. Otherwise, you will not be a successful leader as well. Putting all responsibilities on top of one shoulder is very onerous. Trust your team members. If you feel that you cannot trust them or their work are not up to the necessary standard, talk to them or else tell your lecturer when they do not change their attitudes afterwards. 
  3. Relax – Nerves are like rubber band. If you pull it overly, it will be broken. Things are always consequences of other things. You start late, feel guilty and do not let yourself to have a break in order to finish it on time. But, you might make it worse because you do not expect the stress that is disturbing your progress. I will try to write down my schedule which is inclusive of going to cinema, hanging out with friends, friends’ birthday celebration and so on. Put your work down, walk out from the hostel and breathe the fresh air. You will feel more refreshed when later coming back to work them out. Do not make it as your excuse and hang out more often than you need. It is kind of procrastination instead of relaxation.
That’s all in my list. A bit of stress is motivation. My lecturer has told us that hanging out before exam will make you guilty and study harder. Is this true? When you feel guilty, you will do more to compensate. The best student in your class might hang out with you but still study at night or early next morning when you are sleeping. Therefore, he or she seems to be relaxed and fully prepared.

Handle your stress well and enjoy your student life!

 original from : http://www.malaysia-students.com/2012/05/students-manage-your-stress.html

Wednesday 15 August 2012

Keselamatan Ketika balik kampung

BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG: Sebelum mula bercuti, muat turun Borang Balik Kampung di Portal Rasmi PDRM, www.rmp.gov.my dan serahkan kepada balai polis di kawasan perumahan anda bagi membolehkan pihak polis membuat pemeriksaan dan rondaan. Bagi mereka yang nak balik ke kampung dan meninggalkan rumah tanpa penawasan, jangan lupa utk mengisi borang ini dan menghantarnya ke balai polis berdekatan!!! Ini adalah usaha kita bersama pihak Polis agar bersama kita membantu mengurangkan kadar jenayah... Borang Maklumat Balik Kampung kepada PDRM

Monday 13 August 2012

Garis Panduan: Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja

Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja





berikut adalah garis panduan ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, unit Kesihatan Pekerjaan.. silakan baca, download kalau boleh utk simpanan peribadi pelajar, terima kasih

Ucapan Raya



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 5 hingga 7 November 2012. WIF-KL 2012 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 5 November 2012.

Disertakan maklumat berkenaan WIF-KL 2012 sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk menyertai program tersebut.


Untuk maklumat lanjut sila klik  link dibawah atau gambar diatas!!!
http://www.wifkl.com/

Thursday 9 August 2012

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA KERJA KKTM LEDANG DAN KEPADA SEMUA PENUNTUT SISWA DAN SISWI DI KKTM LEDANG!!!!

SAYA BAGI PIHAK LATIHAN INDUSTRI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN DAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYAAAAA!!!!

SALAM!!! 


Buletin KKTM Ledang Ogos 2010 ms 2


Sunday 1 July 2012

Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding diantara MARA dan Advance Pact


Wednesday 30 May 2012

Keratan Akhbar - Lepasan KKTM jadi rebutan majikan

Lepasan KKTM jadi rebutan majikan

Pelajar KKTM Pasir Mas menunjukkan sijil penyertaan Pertandingan Reka Bentuk anjuran Lembaga Arkitek Malaysia, baru-baru ini.
 
PASIR MAS 29 Mei - Lepasan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas, Lubok Jong, di sini terbukti menjadi rebutan majikan apabila sebanyak 97 peratus lepasannya berjaya mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KKTM, Nurhaslina Ngah berkata, pihaknya sering menerima surat tawaran daripada pihak industri yang mempelawa pelajarnya menghadiri temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka setiap tahun.

"Mereka juga akan memaklumkan kami tentang kekosongan jawatan melalui panggilan telefon. Syarikat berkenaan berada di merata tempat di seluruh negara," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kejayaan mencatat peratusan tinggi tersebut jarang dicapai institusi pengajian tinggi (IPT) lain di negara ini.

"Kami berjaya melahirkan hampir 20,000 lepasan selepas ditubuhkan sejak 12 tahun lalu. Ada antara mereka kini bekerja dengan syarikat gergasi tempatan dan luar negara, malah tidak kurang juga membuka perniagaan sendiri," katanya.

Beliau memberitahu, KKTM menawarkan enam kursus teknikal dan vokasional di peringkat diploma iaitu seni bina, teknologi kejuruteraan bangunan, elektrik, elektronik, mekanikal reka bentuk dan elektrik (domestik dan industri).

"Kesemua kursus tersebut mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebanyak 60 peratus daripada kurikulum pengajian di KKTM Pasir Mas tertumpu kepada latihan amali manakala selebihnya adalah secara teori.

"Kurikulum pengajian juga digubal bersama badan-badan profesional seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi memastikan kursus yang kami tawarkan ini sentiasa relevan dengan kehendak pasaran semasa," katanya.

Nurhaslina berkata, pelajar KKTM Pasir Mas bukan sahaja dianugerahkan segulung diploma sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian, malah turut menerima Sijil Kompetensi yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga.

"Ini bermakna kemahiran graduan kami diperakui dan diiktiraf oleh badan bertauliah. Mereka layak bekerja sebagai penjaga jentera elektrik di kilang dan melakukan kerja pendawaian elektrik di rumah dengan adanya sijil itu," katanya.

Katanya, KKTM menerima lebih 3,000 permohonan daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Institut Kemahiran Mara di seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke kolej kemahiran itu setiap tahun.

"Namun, kami hanya mampu mengambil kira-kira 200 pelajar sahaja dalam setiap sesi kemasukan setelah mengambil kira jumlah tenaga pengajar yang sedia ada. Kami juga berharap dapat menambah kursus dalam bidang automotif pada masa depan," katanya.