Mengenai Kami

KTM Ledang terletak di dalam daerah Ledang. Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor  secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh             Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar.

Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Daerah Ledang mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang.

Pada awal 2005, Pihak MARA telah merancang satu projek pembinaan kampus baru iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Johor diatas tanah lot 1244-1253, 2955,1413-1416,1233-1236 dan 1220 Mukim Serom 4 dan 5, daerah Muar Johor yang berkeluasan 72 ekar. KKTM Ledang mula di bina pada 7 September 2005 dan diserahkan kepada MARA sepenuhnya pada 3 Mei 2010.

KKTM Ledang mula beroperasi pada 14 Jun 2010 (1 Rejab 1431 Hijrah) dengan 18 orang staf melaporkan diri pada hari pertama tersebut. Pengambilan pelajar yang julung kali adalah pada  tanggal 12 Julai 2010 bersamaan 29 Rejab 1431 Hijrah. Seramai 75 orang pelajar mendaftar pada hari pertama di Dewan Besar KKTM Ledang, Johor

Kemudahan

KKTM Ledang mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan khusus untuk pelajar-pelajar serta kakitangan dalam mewujudkan suasana yang kondusif untuk gaya hidup di kampus. Antara kemudahan yang ada disediakan di KKTM Ledang adalah:-
dewanbesar
Dewan Utama
surau
Surau
kelas
Bilik Kuliah
   
theateratte
Dewan Theater
  

No comments:

Post a Comment